Salam, dan selamat subuh.. =P
Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek. Dan mereka berisiko didatangi penyakit seperti strok, diabetes dan lain-lain (boleh klik sini untuk lebih lanjut)
Tetapi, bagi mereka yang terlalu kurus juga, atau mereka dengan indeks jisim badan atau BMI kurang daripada 18.5, (normal 20 hingga 25) juga berpeluang mendapat penyakit, jangan ingat penyakit hanya datang pada mereka yang obesiti sahaja. tetapi pada mereka yang terlalu kurus juga. Ini kerana lemak orang kurus 'melekat' pada jantung atau hati.
Kebanyakan orang kurus kerap merasa letih sepanjang masa. Kekurangan
tenaga merupakan simptom awal penyakit anemia atau kurang darah. Mudah
semput, kerap sakit kepala dan pening kepala juga petanda penyakit
anemia. Elak beranggapan orang kurus tidak perlu bertemu doktor kerana
anda sebenarnya memerlukan nasihat tentang cara pengambilan makanan.
Terlalu kurus juga boleh menjadi punca anda menjadi seorang yang kurang
subur. Lelaki yang terlalu kurus dikatakan berisiko 22% berdepan dengan
masalah seksual seperti tidak berupaya untuk ejakulasi, sakit ketika
mengadakan hubungan seks dan masalah erektil.
Ramai orang lebih risau akan lemak pada badan tapi kurang tahu akan
kepadatan tulang. Tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan diserang
osteoporosis dan tulang rapuh. Hal ini kerana, jika anda tidak mempunyai
sebarang lemak, lemak tidak mungkin dapat berubah menghasilkan
estrogen. Tanpa estrogen yang mencukupi, tulang akan mudah rapuh.
P/s : Kurus dah ok, tapi kurus sangat tak cantiklah... takut lak tengok, tulang je.. muka pun cengkung abis.. =P
0 comments:
Post a Comment