Duta Herbalife Atlit Malayisa

dari kiri: mohd aidil zakuan, mohad zakuan, azizulhasni, cai lin dan wee wern

Have You Had Your Shake Today?

berminat boleh hubungi kami atau lawati facebook kami =)

Leo Messi

The Leo Messi Foundation and Herbalife join in supporting children around the world

Saturday 8 March 2014

4 KG Dalam 1 Minggu dengan Bantuan Coach

Salam, Bulan lepas saya ada menghantar 1 set produk Herbalife iaitu Alor + Tea + Formula 1 kepada kawan saya, yang berlajar di UMP, Pahang. Walaupun dia pelajar, tetapi keingginan dia untuk berubah sangat tinggi, dan dengan sedikit nasihat saya, walaupun dia keluarkan kos untuk beli satu set produk Herbalife, tetapi dia sebenarnya sudah jimat banyak sangat...

http://hackalori.blogspot.com/


1.  makan malam dan pagi dia tidak perlu keluar belanja.
2. dia tak perlu pikir nak makan apa, nak makan kat mana.
3. sebagai pelajar, yang tinggal di hostel, dia xperlu lagi pikirkan duit untuk kos makan minum yang tinggi.

so, dia mulakan dengan set lengkap, untuk capai target 10kG dalam 1 bulan... so saya mula terangkan, cara pengambilan, kaedah cepat, apa yang boleh dan tak boleh, untuk bantu dia capai target...
 tetapi dia dalam 1 minggu je dengan kesungguhan dan disiplin dah turun berat 4kG !!! WOW !!! sangat menarik, tertarik dan dAbOoM !!!

tahniah kawan, walaupun kau pelajar, tetapi kau berjaya merubah nasib kau,.. sampai bila kita nak tengok je orang berubah, pakai baju cantik-cantik kan, takkan sampai kita jatuh sakit, dan terlantar di katil hospital dengan kos rawatan berpuluh-puluh ribu untuk mengembalikan kesihatan.. tetapi percayalah, walaupun selepas rawatan, keadaan selepas itu takkan sama..  =)

berminat boleh pm saya :

firdaus(kuantan/kl) 013-9854210 untuk jadi seperti kawan saya =)

Wednesday 5 March 2014

Apa Akan Jadi Jika Terlalu Kurus ( Risiko Penyakit )

Salam, dan selamat subuh.. =P

Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Dan mereka berisiko didatangi penyakit seperti strok, diabetes dan lain-lain (boleh klik sini untuk lebih lanjut)


Tetapi, bagi mereka yang terlalu kurus juga, atau mereka dengan indeks jisim badan atau BMI kurang daripada 18.5,  (normal 20 hingga 25)  juga berpeluang mendapat penyakit, jangan ingat penyakit hanya datang pada mereka yang obesiti sahaja. tetapi pada mereka yang terlalu kurus juga. Ini kerana lemak orang kurus 'melekat' pada jantung atau hati.  


Kebanyakan orang kurus kerap merasa letih sepanjang masa. Kekurangan tenaga merupakan simptom awal penyakit anemia atau kurang darah. Mudah semput, kerap sakit kepala dan pening kepala juga petanda penyakit anemia. Elak beranggapan orang kurus tidak perlu bertemu doktor kerana anda sebenarnya memerlukan nasihat tentang cara pengambilan makanan.

Terlalu kurus juga boleh menjadi punca anda menjadi seorang yang kurang subur. Lelaki yang terlalu kurus dikatakan berisiko 22% berdepan dengan masalah seksual seperti tidak berupaya untuk ejakulasi, sakit ketika mengadakan hubungan seks dan masalah erektil.

Ramai orang lebih risau akan lemak pada badan tapi kurang tahu akan kepadatan tulang. Tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan diserang osteoporosis dan tulang rapuh. Hal ini kerana, jika anda tidak mempunyai sebarang lemak, lemak tidak mungkin dapat berubah menghasilkan estrogen. Tanpa estrogen yang mencukupi, tulang akan mudah rapuh.

hackalori.blogspot.com


 P/s : Kurus dah ok, tapi kurus sangat tak cantiklah... takut lak tengok, tulang je.. muka pun cengkung abis.. =P

Kenapa Herbalife Dapat Buat Anda Berjimat?

Assalamualaikum, buat teman kami beragama islam...

Ramai yang cakap, "herbalife ni memang saya yakin dengan keberkesanan dia, sebab ramai kawan saya gunakan nya, tetapi Herbalife ni mahallah, banyak pakai duit".. tapi sebenarnya... sangat-sangat la jimat dan menguntungkan,.. ada 2 jenis keuntungan bagi saya :

1. Jimat.
2. Kesihatan.

1. Jimat. Jika anda lihat dari segi harga setiap set produk, anda akan nampak sedikit keraguan pada harga nya... tapi jom kita wat pengiraan sama-sama ya.. sediakan kalkulator.

selalunya kita makan pagi, nasi lemak/nasi ayam/ kuih muih/ atau sebaginya sebagai breakfast kita..
setiap hidangan (if) nasi lemak = RM 2.00 + air teh atau pape air je = rm 1.20  didarabkan dengan 30 hari

 sebulan makan pagi = RM 96.00 ++  harga basic

malam pulak..  kita shortcut je k.. jika amek nasi goreng ayam = RM 5.00  air sejuk + ais = RM 1.60

sebulan makan malam = RM 198.00 ++ harga basic 

total je dah RM 294.00 itu belum campur kawan ajak makan malam2 buta, lepak2 warung, belum campur snek2 agy, belum campur makan tengari,.. sebab pagi dan malam kita tidak perlu ambil makanan tetapi tukarkan dengan shake herbalife yang sedap lagi mengenyangkan, dan tengah hari kita hanya makan sedikit sahaja, tidak perlu nak bazirkan duit beli pelbagai jenis lauk.

 (klik sini) untuk ketahui bagaimana nak berjimat 25%-50% dengan pembelian Herbalife


2. Kesihatan Pagi-pagi dah makan nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih.. memang kita akan berisiko mengalami masalah kesihatan., tetapi saya tidak cakap semua yang makan akan kena ya.. tetapi berisiko, sebab kita kena lihat juga pada pengambilan makan tengari dan malam dia, berapa jumlah kalori yang diambil setiap hari,  aktiviti apa yang dibuat setiap hari, kerja banyak pergerakan atau hanya duduk di pejabat atau online je..

kesimpulannya, dengan pengambilan herbalife, kita bukan sahaja dapat berjimat cermat, kita juga dapat bentuk badan dan berat badan ideal dengan bantuan coach Herbalife anda..


Petua Kecilkan Perut Buncit

Haha, aku tahu satu petua untuk kecilkan perut dengan self hipnosis.. korang boleh cuba kat rumah, =P


hackalori.blogspot.com

Tuesday 4 March 2014

Makanan Yang Menjadi Punca Anda Kelihatan Letih

Dalam kesibukan  kehidupan seharian dan hari yang panjang, anda akan berasa tersangat letih di penghujung hari. Ia Kadangkala adalah berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah membuat solekan di muka, kemungkinan besar ia adalah berpunca daripada makanan yang anda makan. Ayuh kita semak senarai di bawah ini makanan yang akan membuatkan anda kelihatan letih

Makanan yang digoreng 
makanan yang digoreng

Makanan yang digoreng adalah merupakan musuh ketat anda! Makanan yang digoreng penuh dengan minyak dan lemak akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat serta mengeraskan sel-sel darah di sekitar wajah. Akhirnya, kulit anda akan kelihatan letih dan kusam.

Makanan yang pedas 
makanan pedas

Makanan pedas sememangnya baik untuk metabolisma, tetapi adalah sangat tidak sesuai bagi kulit muka. Makanan yang pedas akan membuatkan kulit anda menjadi gatal-gatal serta kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia.

Pemanis tiruan 

Gula biasa akan menggalakkan keradangan akan tetapi pemanis tiruan juga boleh menjadi lebih teruk jika ianya tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan akan membengkak. Kandungan dalam Pemanis tiruan adalah aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan membuat  anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seelok eloknya  pilih lah gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran.

Garam


Tentunya  garam adalah wajib dalam masakan, bagaimana pun kandungan garam yang berlebihan akan membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih lah alternatif natrium lain atau pun kurangkan pengambilan nya sebagai  jalan penyelesaian.

Khasiat Kunyit Untuk Kulit Wajah

Kunyit selalunya digunakan bagi melazatkan pelbagai jenis makanan, namun tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya mempunyai kebaikan dalam penjagaan kulit wajah.
 

kunyit

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa kebaikan kunyit yang boleh merawat dan mencerahkan kulit wajah agar tampak berseri.
Membuat kulit bersinar
Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.
Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.
Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akan dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda.
Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiat nya yang berkesan.
Menghilangkan jerawat
Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan melawan kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Kelebihan Jus Tomato Untuk Tubuh

Tomato adalah buah yang boleh diolah menjadi berbagai macam makanan, salah satunya jus. Bahkan anda boleh  mendapatkan berbagai kebaikan jika mengamalkan minum jus tomato secara rutin Berikut adalah kebaikan tomato seperti yang disiarkan oleh majalah  Mag for Women.

Menyembuhkan penyakit paru-paru
Jus tomato segar adalah penyembuh semulajadi dari dalam, termasuk meredakan penyakit paru-paru, bronkitis, dan batuk kering(tibi).

Kaya antioksidan
Tomato mengandung lycopene, salah satu jenis antioksidan yang menpunyai khasiat bagi melindungi kulit dari sinar UV matahari, sel tubuh, dan organ penting.


Melancarkan sistem pencernaan
Sebelum makan, seelok eloknya jika jus tomato diminum sebagai makanan pembuka. Fungsinya adalah untuk melancarkan pencernaan 


Sumber nutrisi untuk bayi
Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam jus tomato sangat baik bagi ibu hamil sebab mereka dapat menyalurkan nutrisi yang penting bayi dalam kandungan 


Melawan penyakit kanser
Lycopene juga memiliki kemampuan untuk melindungi DNA dalam sel darah putih, sehingga sistem imun menjadi lebih kuat untuk melawan kanker.


Memberikan tenaga
Kandungan kalium dalam jus tomato boleh mengatasi rasa letih dan lesu. Setelah bersukan, meminum jus tomato sangat dianjurkan jika ingin mendapatkan tenaga dengan cepat.


Mencegah penyakit jantung dari berulang
Kajian mendapati lycopene dalam jus tomato mampu mencegah penyakit jantung dari berulang, pesakit tersebut disarankan minum jus tomato secara teratur.


Baik bagi pengidap kencing manis
Menurut sebuah kajian, jus tomato sangat mujarab dalam melancarkan  pembuluh darah. Jus tomato ini sangat baik jika diminum oleh pengidap kencing manis.


Mencegah sembelit
Jus tomato yang dicampur dengan jus bayam bukan sahaja menyehatkan hati, tetapi juga mujarab bagi mencegah sembelit.
 
 
credit: http://sibersensasi.blogspot.com/